Point your AI agent at freehire and let it find you a job.

Get the CLI →

AD Artisan Manufacturing Sdn Bhd

New

CONTENT CREATOR

Posted Updated
Discussion

Salary: RM 1,700 – RM 1,999 per month

Sebagai Content Creator, anda akan memainkan peranan penting dalam membina jenama produk kayu yang dipercayai dalam komuniti melalui kandungan digital yang menarik dan bermaklumat.

Tanggungjawab:-

• Merancang, mencipta, dan menjadualkan kandungan media sosial untuk TikTok, Facebook, Instagram dan lain-lain.

• Mengendalikan sesi live-streaming secara interaktif di platform TikTok.

• Memperkenal, mendemonstrasi, dan mempromosikan produk kayu / kabinet tempahan khas.

• Berinteraksi secara aktif dengan penonton.

• Menerangkan kelebihan produk, promosi semasa, dan tawaran eksklusif dengan jelas.

• Menggalakkan penonton membuat pembelian terus semasa sesi live bagi mencapai sasaran jualan bersama pasukan Sales.

• Menghasilkan video pendek, Reels, dan poster yang berkaitan dengan pendidikan kesihatan, promosi, dan aktiviti pembuatan perabot/produk kayu/ kabinet tempahan khas.

• Menyunting foto dan video menggunakan CapCut, Canva, atau perisian penyuntingan lain.

• Memantau prestasi kandungan (jumlah tontonan, penglibatan) dan membantu dalam pengoptimuman melalui kapsyen, tanda pagar (*hashtags*), dan waktu hantaran.


Kelayakan & Kemahiran:-

• Minimum Diploma (Multimedia, Komunikasi, atau bidang berkaitan diutamakan)/Sijil/SPM.

• Berani dan yakin berkomunikasi di hadapan kamera dengan personaliti yang ceria dan positif.

• Boleh menguasai informasi produk baharu dalam masa yang singkat.

• Bertanggungjawab, menepati masa, dan komited pada jadual siaran live yang telah ditetapkan.

• Kemahiran asas dalam penyuntingan foto dan video (Canva, CapCut, VN).

• Kreatif dan peka terhadap trend terkini TikTok dan Reels.

• Mampu mematuhi tarikh akhir dan bekerja dengan baik dalam pasukan.

• Minat yang mendalam terhadap pemasaran digital.

Skills

Apply

See also

Marketing jobs by country — openings, pay and top skills →

Tailor your CV for this role?

We couldn't check your fit for this role — add a CV to your profile to see it next time.

A new version of freehire is available