Point your AI agent at freehire and let it find you a job.

Get the CLI →

Treom Tech Sdn Bhd

DATA & REPORTING OFFICER

Posted Updated
Discussion

Salary: RM 2,500 – RM 3,000 per month

Tanggungjawab Utama

1) Pengurusan & Ekstraksi Data

* Mengekstrak data aduan daripada sistem MyAduan Johor bagi tujuan pemantauan dan pelaporan.

* Menyusun, mengemas kini dan memastikan data yang digunakan dalam laporan adalah tepat dan lengkap.

* Membuat semakan silang terhadap data serta mengenal pasti sebarang ketidakselarasan atau maklumat yang tidak lengkap.

* Menyediakan data mengikut keperluan operasi, pengurusan atau pihak berkepentingan.

2) Penyediaan Laporan

* Menyediakan laporan operasi secara harian, mingguan, bulanan atau berdasarkan keperluan semasa.

* Menyediakan statistik berkaitan jumlah aduan, status, SLA, kategori, agensi, kawasan dan indikator operasi yang berkaitan.

* Menyediakan ringkasan data, jadual, carta atau visual yang bersesuaian bagi memudahkan analisis dan pembentangan.

* Memastikan laporan disediakan dengan tepat dan dalam tempoh yang ditetapkan.

3) Pemantauan & Eskalasi

* Memantau data bagi mengenal pasti aduan tertunggak, melebihi SLA, tiada kemas kini atau isu lain yang memerlukan perhatian.

* Mengenal pasti trend, ketidaknormalan atau isu berdasarkan data dan laporan yang disediakan.

* Mengeskalasi penemuan atau isu kepada Case Monitoring Lead, Operations Manager atau pihak berkaitan untuk tindakan lanjut.

* Membantu menyediakan senarai kes yang memerlukan pemantauan atau tindakan susulan oleh pasukan berkaitan.

4) Kualiti & Ketepatan Data

* Melaksanakan semakan kualiti data bagi memastikan maklumat dalam sistem adalah konsisten dan boleh digunakan untuk tujuan pelaporan.

* Mengenal pasti kesilapan, data tidak lengkap atau percanggahan maklumat dan memaklumkannya kepada pihak berkaitan untuk pembetulan.

* Memastikan rekod dan laporan disimpan serta disusun dengan teratur untuk tujuan rujukan dan audit.

5) Penyelarasan & Sokongan Operasi

* Bekerjasama dengan Case Monitoring Team, Customer Service Team dan Public & Agency Liaison Officer bagi mendapatkan atau mengesahkan maklumat yang diperlukan untuk pelaporan.

* Menyediakan data dan laporan tambahan berdasarkan permintaan pihak pengurusan atau keperluan operasi.

* Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan sebagaimana diarahkan bagi menyokong kelancaran operasi dan matlamat syarikat.

Requirements

  • Diploma or Bachelor’s Degree in Data Analytics, Statistics, Mathematics, Business Analytics, Information Systems, Business Administration atau bidang berkaitan.

  • Proficient in Microsoft Excel and Google Sheets, termasuk penggunaan formula, Pivot Table, data filtering, lookup functions dan penyediaan laporan.

  • Mempunyai minat yang tinggi dalam pengurusan data, analisis dan penyediaan laporan.

  • Teliti dan mempunyai perhatian yang tinggi terhadap ketepatan serta konsistensi data.

  • Mempunyai kemahiran analytical dan problem-solving yang baik untuk mengenal pasti trend, ketidakselarasan dan isu dalam data.

  • Fast learner dan willing to learn, khususnya dalam mempelajari sistem, proses kerja dan kaedah pelaporan baharu.

  • Boleh bekerja secara independently dan dalam pasukan.

  • Fresh graduates yang mempunyai kemahiran Excel/Google Sheets yang baik dan minat dalam bidang data & reporting digalakkan memohon.


Skills

Apply

See also

Management jobs by country — openings, pay and top skills →

Tailor your CV for this role?

We couldn't check your fit for this role — add a CV to your profile to see it next time.

A new version of freehire is available