IT Executive
Summary
IT Executive providing daily technical support to company staff (computer hardware, printers, Wi-Fi/network, Windows/Mac setup, onboarding/offboarding) while managing IT asset inventory, procurement, disposal, and audits. Also resolves customer technical issues via email, phone, and ticketing system, escalating complex issues to the development team.
Salary: RM 2,500 – RM 3,000 per month
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat/Sains Komputer/Juruanalisa Sistem/Software Engineer/Kejuruteraan Komputer/Multimedia atau bidang berkaitan.
Ringkasan Jawatan
Kami sedang mencari seorang PEGAWAI SOKONGAN IT & PENGURUSAN ASET (IT SUPPORT & ASSET MANAGEMENT OFFICER) DAN JURUTERA SOKONGAN TEKNIKAL (TECHNICAL SUPPORT ENGINEER) yang dinamik dan bertanggungjawab untuk menyertai pasukan kami. Anda akan bertanggungjawab dalam memberikan sokongan teknikal harian kepada kakitangan syarikat serta mengurus, menyelenggara, dan merekodkan semua aset perkakasan (hardware) dan perisian (software) IT syarikat dengan sistematik.
Tanggungjawab Utama
Sokongan IT & Teknikal :
Menyediakan sokongan teknikal (troubleshooting) bagi perkakasan komputer, pencetak, rangkaian (Network/Wi-Fi), dan perisian pejabat.
Menguruskan proses onboarding (tetapan laptop/e-mel) untuk pekerja baru dan offboarding untuk pekerja yang berhenti.
Membantu dalam pemasangan, konfigurasi, dan kemas kini sistem operasi (Windows/Mac) serta perisian syarikat.
Pengurusan Aset IT :
Merekod, mengemas kini, dan menjejak semua inventori aset IT syarikat dalam sistem pangkalan data.
Mengendalikan proses perolehan (procurement) perkakasan baru termasuk berurusan dengan pembekal (vendor).
Menguruskan pelupusan (disposal) aset IT yang telah rosak atau tamat tempoh mengikut polisi syarikat.
Menjalankan audit aset IT secara berkala untuk memastikan bilangan dan keadaan fizikal aset adalah tepat.
Jurutera Sokongan Teknikal :
Menyelesaikan Masalah: Menerima, menganalisis, dan menyelesaikan isu teknikal yang dilaporkan oleh pelanggan melalui e-mel, telefon, atau sistem tiket (ticketing system).
Sokongan Infrastruktur: Memantau, menyelenggara, dan mengonfigurasi perkakasan (hardware), perisian (software), serta sistem rangkaian (networking).
Panduan Pengguna: Menyediakan dokumentasi teknikal, panduan langkah-demi-langkah, dan latihan ringkas kepada pengguna akhir.
Eskalasi Isu: Bekerjasama dengan pasukan pembangunan (development team) untuk isu-isu kompleks yang memerlukan perubahan kod atau sistem mendalam.
Kepuasan Pelanggan: Memastikan semua KPI sokongan teknikal (seperti masa tindak balas dan masa penyelesaian) dipenuhi bagi mengekalkan kepuasan pelanggan.
